Saturday 14 May 2011

charlie! (nme timang2 ngan kowt...)hahaha

CHARLIE OH CHARLIE...AKU NAK BUNUH KAU CHARLIE!!!!ARGHH!!!!!!!!!!!!!!!!!

           

Nama umum....Rove Beetle
Kelas .... Serangga
Keluarga.... Staphylinidae
Spesis .... Paederus fuscipesCurtis (apoko polik benar nama)
Nama lain..... Semut Semai, Semut Kayap, Charlie dan lain-lain

Serangga ini dapat dikenalpasti melalui ciri-ciri berikut:
1. Panjang kurang daripada 1cm
2. Badan serangga berwarna hitam dan oren berselang seli. Kepala dan abdomen atas berwarna hitam.
3. Mempunyai sepasang sayap lutsinar, yang dilipat rapi.
4. Kelihatan seperti semut yang merayap dalam keadaan biasa.
5. Menaikkan hujung ekornya seperti keadaan kala jengking ketika terasa terancam
6. Boleh terbang dan berlari di atas permukaan air.

Langkah Berjaga-jaga dan Tindakan
Sentuhan boleh terjadi secara sengaja mahupun tidak sengaja, samada ketika berjaga mahupun tidur. Oleh itu, berikut merupakan langkah berjaga-jaga yang boleh dilakukan oleh pelajar-pelajar ke arah pencegahan.
1. Mengurangkan penggunaan lampu kerana serangga ini mudah tertarik kepada cahaya lampu.
2. Tutup kesemua pintu dan tingkap sewaktu musim charlie melanda. Tutup tingkap dan pintu apabila tiba waktu petang.
3. Menggunakan perangkap nyamuk, repellent dan lain-lain.
4. Tidak duduk berhampiran lampu atau cahaya.
5. Memastikan kedaan katil baik dan tiada serangga sebelum tido.

Sekiranya terjumpa dan ingin membunuhnya, maka:
1. Memakai pakaian berlengan panjang dan berseluar panjang, kerana dikhuatiri akan terbang dan bersentuh dengan kulit.
2. Jangan memicit dengan jari atau mengetuk dengan tangan
3. Apa-apa cara sekalipun yang membawa sentuhan dengan serangga tersebut. Cuba hindari dengan menggunakan kertas,kain, selotape dan lain-lain untuk membunuhnya.

Sekiranya anda sedar bahawa anda telah diserang oleh serangga tersebut, maka:
1. Jangan sentuh permukaan yang telah dilalui serangga
2. Berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan di Pusat Kesihatan, UiTM Puncak Alam

Sekiranya luka telah sembuh sepenuhnya, parut luka bolehla dirawat dengan menggunakan sebarang produk yang boleh membantu proses menghilangkan parut luka.

2 comments:

  1. oit, jgn bunuh charlie! charlie tu name kompeni aku time plkn tau ! haha :D

    ReplyDelete
  2. hahahahaha..tu la musuh utama aku nnty tyme kt sne..hahaha..drpd aku bela lg bek aku bunuh dye..hahaha

    ReplyDelete